I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 4 Mac 2010

Rabu, 3 Mac 2010

Malaysia satU

Slogan "ICT"





""ICT PEMANGKIN GENERASI BESTARI""


""ICT WORLD OF INFORMATION""

Rabu, 24 Februari 2010

Nilai-Nilai 1 Malaysia

1. Budaya kecemerlang

Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.
Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.

2. Ketabahan

Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi. Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.

3. Rendah Hati

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam konteks jika anda seorang ahli politik. Begitu juga jika anda seorang ahli parlimen. Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Saya sangat menyedari akan keadaan bahawa apabila saya melakukan tugas saya sebagai ahli parlimen, saya sangat selesa dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh, jika saya berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasan saya, saya memastikan tingkah laku saya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina mereka. Maka itu pada saya ia adalah satu aset. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalahertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar contohnya, adakalanya anda perlu menunjukkan kekuatan anda. Anda perlu memperlihatkan keyakinan kerana apabila anda dilihat sebagai rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Maka itu saya merasakan ia juga adalah mengikut keadaan, anda mesti sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila anda berurusan dengan dunia luar anda perlu memperlihatkan kekuatan dan kejayaan anda, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.

4. Penerimaan

Kepentingan penerimaan berbanding toleransi
Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.
Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadungi semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.
Peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan
Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum. Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had. Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.

5. Kesetiaan

Pada saya kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain. Tetapi saya juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Pada saya di dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, pentadbiran kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Saya sudah tentu akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina contohnya, malah kritikan yang pada saya adalah diperlukan. Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga.
Ya, pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi, yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah. Pada saya ia adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau sama ada di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.

6. Meritokrasi

Pada dasarnya semua orang tahu makna perkataan ini dan prinsip meritrokrasi, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritrokrasi bukan saja satu prinsip yang mulia, tetapi satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Sejak awal lagi saya telah membincangkan tentang budaya kecemerlangan dan satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritrokrasi. Jika anda memberikan penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada orang yang terbaik untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Mereka perlu memberikan yang terbaik.
Pada saya setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk kita memaksimakan potensi Malaysia.

7. Pendidikan

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan di sepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang.
Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.

8. Integriti

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Bercakap benar kepada mereka. Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul. Jika polisi tersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka, begini...kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu memperbetulkan kesilapan ini. Saya rasa rakyat akan menghargai tindakan tersebut. Walaupun anda berada di dalam kerajaan, anda hanyalah manusia dan manusia melakukan kesilapan. Kuncinya ialah bukannya anda akan melakukan kesilapan, tetapi bagaimana anda bangkit daripada kesilapan tersebut. Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.
Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Percaya bahawa rakyat adalah bijak, akan menghargai kejujuran, kebenaran dan bertemu dan berkomunikasilah dengan rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika anda berjanjikan sesuatu, anda mesti berpegang pada janji dan menunaikannya.

sumber:www.1malaysia.com.my

Kejiranan

Malaysia mempunyai pelbagai keunikan yang boleh menarik banyak tarikan kepada semua golongan kerana Malaysia mempunyai keunikan dari segi budaya, agama, kaum dan juga pelbagai tradisi yang boleh dikongsi oleh masyarakat serantau. Adakah konsep kejiranan ini akan membuatkan kita lebih yakin bahawa masyarakat Malaysia telah Berjaya mengharunginya?.Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, bangsa dan elemen ini dapat membantu Malaysia menjadi sebuah Negara contoh bagi mencerminkan perkongsian dalam konsep Kijiranan. Kita tidak dapat lari daripada pertembungan kaum, agama, budaya dan bangsa kerana kejiranan yang telah terjalin setelah sekian lama ini akan terus berlarutan sehingga beberapa generasi akan datang.Di sesetengah tempat di Malaysia, terdapat perkongsian kejiranan yang amat baik dan jitu kerana ianya telah dipupuk dan di asuh oleh generasi yang sebelum ini. Bagi sesetengah kejiranan, terdapat elemen pengekalan tradisi dan budaya dimana budaya yang telah diamalkan akan di kekalkan dan dijaga hingga ke generasi seterusnya. Seperti contoh bangsa Portugis yang mana telah membina perkampungan kejiranan di Melaka, Bangsa Baba dan Nyonya yang juga mempunyai kejiranan di Melaka. Bangsa India telah diketahui umum telah melakukan 'urban' atau penghijrahan dari kejiranan Ladang ke Pekan-pekan dan juga Bandar serta Bangsa Cina yang diketahui telah melopori sektor perniagaan tidak kira di Bandar mahupun Pekan. Bangsa Melayu juga tidak ketinggalan kerana bangsa melayu adalah yang terbesar dan mempunyai keunikan yang tersendiri dimana bangsa Melayu telah menonjolkan pelbagai tradisi dan kebudayaan yang tinggi.Persoalannya adakah wujud ketidaksamarataan diantara perkongsian kejiranan ini? Sesuai dengan konsep 1Malaysia, segala persoalan ini dapat dirungkai dan di jawab oleh banyak pihak. Dalam 1Malaysia tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda, kita akan terdedah kepada perkongsian kejiranan yang lebih meluas. Pendedahan perkogsian kejiranan ini telah berlaku sejak sekian lama lagi dan untuk menyemarak serta memupuk kembali semangat perkonsian kejiranan dengan baik, 1Malaysia telah dijadikan wajah untuk memperjuangkan kembali perkongsian ini. Perkongsian kejiranan ini mampu menjadi elemen penting untuk menjaga keselamatan serta keamanan bersama. Malaysia telah membuktikan dari segi aspek perundangan dimana pihak keselamatan telah memperluaskan promosi Rakan Cop. Rakan Cop dapat membina keutuhan serta kejituan rakyat Malaysia kerana Rakan Cop terdiri daripada pelbagai bangsa dalam kijiranan.Kesemua elemen ini dapat memperlihatkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dan unik untuk di amati. Malaysia telah membuktikan bahawa keseluruhan elemen ini dapat dicontohi dan diguna pakai oleh Negara-negara yang serumpun bagi mencerminkan lagi keunikan perkongsian kejiranan sesebuah Negara.

sumber:www.1malaysia.com.my

Gagasan 1 Malaysia

Gagasan 1 Malaysia merupakan cetusan rasa dan kebiaksanaan PM di dalam mengujudkan perpaduan di dalam pelbagai etnik rakyat malaysia berbilang kaum dan keturunan. Ideal bernas ini pastinya perlu dijiwai oleh segenap rakyat jelata di seluruh negara. 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan',merujuk kepada semangat yang tinggi oleh PM untuk bekerja untk rakyat dengan tidak membelakangkan kemajuan negara dengan pencapaianx yang lebih hebat. 8 gagasan yang telah dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat PM menunjukan keprhatinan beliau di dalam urusan pentadbiran negara antara 8 utma yang diperkenalkan 1. Budaya kecermerlangan, 2. Keabahan, 3. Rendah hati, 4. Penerimaan, 5. Kesetian, 6 Meritokrasi, 7. Pendidikan dan 8. Integriti.
Apa yang lebih penting marilah kita berkerjasama untuk memacu gagasan ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia yang dicintai.

sumber:www.1malaysia.com.my

Selasa, 9 Februari 2010

Tangga 1 Malaysia

Seingat saya, rumah moyang bertiang tinggi dan untuk masuk ke rumah perlu cuci kaki menggunakan air di tempayan seterusnya menaiki tangga untuk di beranda. Tangga digunakan kerana rumah bertiang tinggi bagi mengelakkan gangguan binatang dan mencegah air naiki rumah. Tangga adalah perantara. Ada juga kanak-kanak naik tanpa tangga dan terjun saja ke bawah. Oleh itu tangga adalah satu alat yang perlu ada dan dilatih cara menggunakan tangga dan memelihara tangga agar sentiasa berkeadaan baik. Begitu jugalah kehidupan kita pada masa ini. Dasar, strategi dan program itu dikiaskan sebagai tangga 1 Malaysia. Untuk capai keharmonian rakyat, Kerajaaan telah menyediakan dasar, strategi, program dan mekanisme bagi membolehkan kita bergerak menuju ke hala tuju yang ditetapkan iaitu tahun 2020. Tangga membantu kita dari ancaman dan kita berasa selamat. Hari ini difikirkan kemahiran diperlukan untuk menaiki tangga itu.

sumber:www.1 Malaysia.com.my

Sabtu, 6 Februari 2010

Lagu 1 Malaysia

Rabu, 3 Februari 2010



1 Malaysia telah dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat PM dengan slogan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan yang mempunyai 8 nilai utama iaitu 1.Budaya kecemerlagan 2.Ketabahan 3.Rendah hati 4.Penerimaan 5.Kesetiaan 6.Meritokrasi 7.Pendidikan dan 8.Integriti.

Selasa, 19 Januari 2010

CatataN PengenalaN

Blog ini di hasilkan pada 20 Januari 2010. Di hasilkan di Makmal Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan...