Rabu, 3 Mac 2010
Rabu, 24 Februari 2010
Nilai-Nilai 1 Malaysia
Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.
Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.
2. Ketabahan
3. Rendah Hati
4. Penerimaan
Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.
Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadungi semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.
Peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan
Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum. Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had. Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.
5. Kesetiaan
Ya, pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi, yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah. Pada saya ia adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau sama ada di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.
6. Meritokrasi
Pada saya setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk kita memaksimakan potensi Malaysia.
7. Pendidikan
Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang.
Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.
8. Integriti
Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Percaya bahawa rakyat adalah bijak, akan menghargai kejujuran, kebenaran dan bertemu dan berkomunikasilah dengan rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika anda berjanjikan sesuatu, anda mesti berpegang pada janji dan menunaikannya.
sumber:www.1malaysia.com.my
Kejiranan
sumber:www.1malaysia.com.my
Gagasan 1 Malaysia
Gagasan 1 Malaysia merupakan cetusan rasa dan kebiaksanaan PM di dalam mengujudkan perpaduan di dalam pelbagai etnik rakyat malaysia berbilang kaum dan keturunan. Ideal bernas ini pastinya perlu dijiwai oleh segenap rakyat jelata di seluruh negara. 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan',merujuk kepada semangat yang tinggi oleh PM untuk bekerja untk rakyat dengan tidak membelakangkan kemajuan negara dengan pencapaianx yang lebih hebat. 8 gagasan yang telah dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat PM menunjukan keprhatinan beliau di dalam urusan pentadbiran negara antara 8 utma yang diperkenalkan 1. Budaya kecermerlangan, 2. Keabahan, 3. Rendah hati, 4. Penerimaan, 5. Kesetian, 6 Meritokrasi, 7. Pendidikan dan 8. Integriti.
Apa yang lebih penting marilah kita berkerjasama untuk memacu gagasan ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia yang dicintai.
sumber:www.1malaysia.com.my
Selasa, 9 Februari 2010
Tangga 1 Malaysia
sumber:www.1 Malaysia.com.my